TUAN PUNYA BLOG INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG. APA ITU BAHALOLISME, AEK? ANDA DAN ANDA DAN ANDA ADALAH DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA DAN MENGOMEN (BUKAN MEROMEN) ENTRY-ENTRY DALAM BLOG NI SEMUA SEBAGAI BACAAN RINGAN (BUKAN RINGAN-RINGAN) UNTUK TUJUAN BERSANTAI TANPA MENINGGALKAN KOMEN-ROMEN YANG BAHALOL LAGI MERUNTUN KALBU. SEKIAN. (Aummm...)

Coffee Is My Drug. Reading Is My Religion.

  • Black coffee - HOT.
  • The Odin Mission, The Da Vinci Code, Harry Potter, Jeremy Fink and The Meaning of Life, Heidi, The Final Reckoning.

It's ok to be a bahalol sekali sekala. Asalkan ko sedar kebahalolan ko waktu tu dan berazam tak berapa nak jadi bahalol lagi untuk hari-hari berikutnyer.

Saturday, December 12, 2009

Kursus BTN

Betulke BTN ialah sesuatu yang racist (perkauman)? Berdasarkan pengalaman aku yang dah pnah pegi BTN ni lebey sekurun yang lalu, jawapannya ialah Big Time Yes Bebeh! Masa tu sebab aku lebih bahalol dari sekarang, maka aku tak berapa nak perasan betapa racistnya kem tu.

Sebagai sorang backpacker, aku mendapati bahawa pemupukan perangai racist memang takleh digalakkan langsung. Macam hapa je. Tuhan bagi manusia ni bersuku2 berbangsa2 supaya manusia saling kenal mengenal. Yang nak galak racism tu watper?

Pehtu nak justify pulak bahawa BTN itu tidaklah racist. Amenderla. Tegak benang yg basah. Tanya consultant2 BTN pun, sure derang ngaku BTN tu nak pupuk semangat Melayu. Takderhal la nak pupuk semangat Melayu. Cuma takyahla nak api2kan perkauman. Tu je. Malaysia ni negara majmuk.

Kepada pembaca2 yang otaknya bahalol dan nak tuduh aku ni tak patriotik, satu benda je aku nak cakap. Hang silap! Aku ialah seorang yang patriotik. Kalau Malaysia ni perang ngan org len, aku sanggup gi perang. Sebab siapa yang lari dari medan perang, tak cium bau syurga. Ada paham?! Racism is a BIG NO-NO. Patriotism is a BIG YEAH-YEAH. Sapa tataw bezakan RACISM and PATRIOTISM, maka sudah sampai masanya anda menggunakan kepala hotak yang tuhan bagi tu, untuk menggoogle maknanya.

Jangan biarkan diri anda diselubungi kebahalolan...

Sekian. Kesian. Salam.

No comments:

Post a Comment

Please tinggalkan komen yang membina. Kalau komen maki2 memang tak berkesan kat jiwa aku. Jangan isau. Kalau ko bagi aku komen maki2 tak pasal2, maknanya apa? Maknanya ko ni kaki buli yang bahalol serta seorang attention seeker mother-tut-tut.

The Aku

My photo
KL, Malaysia
Tahapabenda yang aku marah semua aku nak tulis sini.